Wednesday, November 9, 2011

"My Exposure" I light it my way - lah





Pada 04/11/2011 ,satu petang saya bersama teman photographer saya ke Pantai Remis Kuala Selangor untuk melakukan satu sesi shooting seorang talent disana.Sesampai disana kami tidak bertemu dengan "sunset" kerana terlambat dek jem di Shah Alam. Walaupun begitu saya sempat melakukan shooting tersebut dengan jayanya :) .Alhamdulillah berbekalkan 2 speedlite dan lampu kereta saudara Pian sesi shooting ini dilaksanakan sebaik mungkin . Berikut adalah beberapa hasil dari sesi shooting tersebut. Yeah Feel My Exposure kata omputih :D

Tuesday, November 1, 2011

Sesi Kerjasama MUA dan Photographer










Pada 26/10/2011 saya telah dijemput untuk menghadiri satu sesi kerjasama antara pihak MUA ( Makeup Artis )dan Photographer ke Taman Botani Putrajaya untuk shooting beberapa model yang memperagakan hasil karya seni make up Kasih Qhaisara.Alhamdulillah walaupun cuaca pada ketika itu mendung dan hujan rintik rintik saya dapat juga snap beberapa photo yg saya kira " bolehlah " untuk dipertontonkan kembali di ruang blog ini .

Photographer ada 8 org dan dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk team saya yang dianggotai oleh Jay Al-Dunjuni dan Rusdi Sambak tugasan diberi untuk shoot model bertudung. Teknik biasa yang saya gunakan adalah bermain dgn lighting tetapi kali ini saya tambah satu lagi kesan khas iaitu menggunakan colour gel oren bagi menambah seri pada subject. Ramai yang tidak menyangka saya akan menggunakan colour gel tersebut memandangkan ianya di siang hari .. tetapi tau sajalah saya ni memang suka suatu kelainan untuk pelanggan saya ...well macam biasa :) cuaca yg mendung banyak membantu saya dalam permainan colour gel tersebut.Tiga speedlite lighting saya gunakan untuk sesi shooting tersebut .

Setelah di review kembali hasil kerja saya dan team saya ,alhamdulillah Kasih Qhaisara sangat berpuas hati.Disini saya pertontonkan beberapa photo hasil kerja tersebut.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak makeup artis kerana menghargai hasil kerja saya .

Wednesday, October 19, 2011

Outdoor Wedding Photoshoot En.Syazwan dan Puan Normariah






Pada 16/10/2011 (Ahad ) yang lalu satu sesi photoshoot diadakan buat pasangan pengantin baru ini di Taman Botani Putrajaya .... sungguh manis keduanya dan tahniah dari warga Rodof Photography untuk mereka .Semoga berbahagia ke anak cucu ...amin

Tuesday, October 18, 2011

Sesi shooting di TPM Shah Alam












Pada 08/10/2011 bertempat di rumah Perlis Taman Pertanian Malaysia Shah Alam 1 sesi shooting photo hunting dijalankan bagi mencari muka baru untuk pencarian talent bagi photo hunting seterusnya . Acara tersebut disertai oleh 3 muka baru dan seorang model yg berpengalaman sebagai mentor mereka .Jurusolek (MUA) pada masa itu adalah Kasih Qaisara .Sentuhan makeupnya menambah seri pada wajah peserta .

Event tersebut berjalan 1 hari mulai pagi hingga petang.Dua konsep yang diterapkan iaitu berkonsepkan pakaian Kebaya dan modern . Para photographer baru pada masa itu juga didedahkan mengenai setting lighting yang dikendalikan oleh saya sendiri yg berkonsepkan "Beauty Lighting".

Terima kasih kepada crew members yang berusaha keras untuk menjayakan progrem ini .

Mr . Ho Chee Ming Pre Wedding










Pada 15/10/2011 satu sesi shooting untuk kedua pasangan ini yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya selama 4 jam .Walaupun keadaan cuaca pada petang itu sedikit tidak mengizinkan namun sesi photoshoot tersebut berjaya disempurnakan.Terima kasih kepada crew penataan cahaya yang terlibat dan tahniah kepada kedua pasangan yang sangat sporting semasa pengambaran dilaksanakan.