Sunday, December 4, 2011

Studio Art Work

Kerja kerja di studio kadang kadang boleh membuatkan kita "GIAN" jika kena pada subjectnya yang hendak kita shoot.Walaupun pada awalnya saya mencadangkan supaya sahabat saya membawa "makwe"nya ( Talent untuk sesi shooting ini ) ke Mini Studio di rumah saya tetapi minggu ini ada saudara saya pula bertandang ke rumah , jadi kerja kerja tersebut saya proceed ke Studio yang disewa di Petaling Jaya atas "recommended" seorang teman. Tema shooting kali ini berkonsepkan Beauty Fashion . Memandangkan "makwe" si Azahar ni lawa juga orangnya saya cuba cubalah juga nak bertanyakan seandainya dia sudi untuk saya dan teman teman shoot di outdoor di lain kalinya...dalam malu malu dia kata " Boleh tapi kena minta kebenaran Azhar dulu , lagipun shooting ni untuk simpanan peribadi : katanya..." Amboi ....almaklumlah org nak berlatih latih mendirikan rumah tangga memang standard jawapannya ...so i guess " memang tak de la untuk lain kalinya heheheh .Well I try my best la untuk shoot budak ni sbb rasanya lain kali memang susah nak bawa dia turun lagi .( wah panjang pulak aku bercerita kali ni macam nak buat novel ..KAYAKNYA IYA PAK hahahha ) Oklah ini antara beberapa photo yang dapat saya rakamkan dalam sesi tersebut , ada banyak lagi sebenarnya namun untuk menghormati permintaan mereka yang berala peribadi jadi saya paparkanlah hanya beberapa keping sahaja di blog saya kali ini .Enjoy !!

Thursday, December 1, 2011

Singapore Photo Hunting

Pada 22 / 11/ 2011 yang lalu saya ke Johor Baharu untuk shooting Hotel Food Commercial di sana.Peluang yang ada saya gunakan untuk bertemu dengan kawan kawan seperjuangan yang telah lama saya tak jumpa ...yalah masing masing sibuk dengan kerja masing masing la katakan lalu kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin.Setelah selesai kerja kerja commercial saya , kami berpakat pakat untuk buat project photo hunting,dengan bantuan abang Razak dan Ah Seng lalu kami mengatur satu sesi shooting portrait di Singapore. Berikut adalah beberapa photo yang saya hasilkan sewaktu photo hunting disana ... Enjoy !!