Sunday, December 4, 2011
Studio Art Work
Kerja kerja di studio kadang kadang boleh membuatkan kita "GIAN" jika kena pada subjectnya yang hendak kita shoot.Walaupun pada awalnya saya mencadangkan supaya sahabat saya membawa "makwe"nya ( Talent untuk sesi shooting ini ) ke Mini Studio di rumah saya tetapi minggu ini ada saudara saya pula bertandang ke rumah , jadi kerja kerja tersebut saya proceed ke Studio yang disewa di Petaling Jaya atas "recommended" seorang teman.
Tema shooting kali ini berkonsepkan Beauty Fashion . Memandangkan "makwe" si Azahar ni lawa juga orangnya saya cuba cubalah juga nak bertanyakan seandainya dia sudi untuk saya dan teman teman shoot di outdoor di lain kalinya...dalam malu malu dia kata " Boleh tapi kena minta kebenaran Azhar dulu , lagipun shooting ni untuk simpanan peribadi : katanya..." Amboi ....almaklumlah org nak berlatih latih mendirikan rumah tangga memang standard jawapannya ...so i guess " memang tak de la untuk lain kalinya heheheh .Well I try my best la untuk shoot budak ni sbb rasanya lain kali memang susah nak bawa dia turun lagi .( wah panjang pulak aku bercerita kali ni macam nak buat novel ..KAYAKNYA IYA PAK hahahha )
Oklah ini antara beberapa photo yang dapat saya rakamkan dalam sesi tersebut , ada banyak lagi sebenarnya namun untuk menghormati permintaan mereka yang berala peribadi jadi saya paparkanlah hanya beberapa keping sahaja di blog saya kali ini .Enjoy !!
Thursday, December 1, 2011
Singapore Photo Hunting
Pada 22 / 11/ 2011 yang lalu saya ke Johor Baharu untuk shooting Hotel Food Commercial di sana.Peluang yang ada saya gunakan untuk bertemu dengan kawan kawan seperjuangan yang telah lama saya tak jumpa ...yalah masing masing sibuk dengan kerja masing masing la katakan lalu kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin.Setelah selesai kerja kerja commercial saya , kami berpakat pakat untuk buat project photo hunting,dengan bantuan abang Razak dan Ah Seng lalu kami mengatur satu sesi shooting portrait di Singapore. Berikut adalah beberapa photo yang saya hasilkan sewaktu photo hunting disana ... Enjoy !!
Friday, November 25, 2011
Bahana Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T
Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T sememangnya adalah lagenda didalam kelasnya tersendiri.Baru baru ini saya bersama beberapa sahabat telah pergi ke Pulau Pinang untuk " attented " satu majlis chinese wedding disana ,oleh kerana saya tidak berapa biasa dengan keadaan jalan dan tempatt disana jadi team kami sampai awal 2 hari dari hari majlis tersebut.Sesampai disana saya menghubungi seorang sahabat lama yang jumpa pernah bekerja bersama saya suatu masa dulu.
Petang tersebut dia telah membawa saya berjumpa dan kami sembang sembang sebab lama dah tak jumpa.Sembang sembang punya sembang dia keluar satu idea ....so macam mana kalau kita shoot kawan dia ni ...orgnya boleh tahanlah katanya ... on that time semua gear saya ada didalam bag yang masih belum terpunggah lagi dan yg berada di badan adalah camera dan lensa 70-200mm 4L ku, tapi kali ni saya rasa nak try shooting guna 50mm pula sbb memang dah lama tak shoot guna 50mm ...kebetulan saya ada 2 lensa 50mm yg saya bawa iaitu Canon 50mm 1.4 dan Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T ( manual focus ) and then why not try for carl zeiss...
Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T, adalah satu satunya lensa 50mm yang menjadi pilihanku sekiranya hendak bermain dgn manual focus ,jadi saya kira inilah masanya lensa tersebut beraksi lagi walaupun cara pengambarannya sedikit slow sebab ianyanya adalah manual focus .Disini saya paparkan beberapa hasil photo di Peneng yang saya rakamkan menggunakan Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T.
Sunday, November 20, 2011
Bride Portrait
Pada 12/11/2011 yang lalu saya bersama In-Trend Team telah pergi ke Fraser Hill untuk melakukan satu shooting seperti yang telah diarahkan oleh penaja .Tema kali ini adalah "Bride" bagi mengisi sudut ruangan majalah mereka.Pengambaran dimulakan seawal jam 10 pagi di sekitar pohon yang merimbun di central base Fraser Hill.Kedinginan suasanan pada ketika itu membuatkan saya sedikit mengigil kesejukan namun apapun halangannya kerja harus disiapkan .Pengambaran mengambil masa 4 jam untuk disiapkan.Disini saya sertakan buat tontonan sebahagian dari photo yang terakam pada hari tersebut.Pengambaran hari itu sangat memenatkan tetapi saya seronok membuat kerja saya .
The Portrait
Antara portrait yang menjadi perhatian ku.Mungkin kerana modelnya yang cun gitu hehe,apapun portrait memang selalu menjadi pilihan bagi mempamirkan subject subject yang indah indah. Enjoy !!
Wednesday, November 9, 2011
"My Exposure" I light it my way - lah



Pada 04/11/2011 ,satu petang saya bersama teman photographer saya ke Pantai Remis Kuala Selangor untuk melakukan satu sesi shooting seorang talent disana.Sesampai disana kami tidak bertemu dengan "sunset" kerana terlambat dek jem di Shah Alam. Walaupun begitu saya sempat melakukan shooting tersebut dengan jayanya :) .Alhamdulillah berbekalkan 2 speedlite dan lampu kereta saudara Pian sesi shooting ini dilaksanakan sebaik mungkin . Berikut adalah beberapa hasil dari sesi shooting tersebut. Yeah Feel My Exposure kata omputih :D
Tuesday, November 1, 2011
Sesi Kerjasama MUA dan Photographer






Pada 26/10/2011 saya telah dijemput untuk menghadiri satu sesi kerjasama antara pihak MUA ( Makeup Artis )dan Photographer ke Taman Botani Putrajaya untuk shooting beberapa model yang memperagakan hasil karya seni make up Kasih Qhaisara.Alhamdulillah walaupun cuaca pada ketika itu mendung dan hujan rintik rintik saya dapat juga snap beberapa photo yg saya kira " bolehlah " untuk dipertontonkan kembali di ruang blog ini .
Photographer ada 8 org dan dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk team saya yang dianggotai oleh Jay Al-Dunjuni dan Rusdi Sambak tugasan diberi untuk shoot model bertudung. Teknik biasa yang saya gunakan adalah bermain dgn lighting tetapi kali ini saya tambah satu lagi kesan khas iaitu menggunakan colour gel oren bagi menambah seri pada subject. Ramai yang tidak menyangka saya akan menggunakan colour gel tersebut memandangkan ianya di siang hari .. tetapi tau sajalah saya ni memang suka suatu kelainan untuk pelanggan saya ...well macam biasa :) cuaca yg mendung banyak membantu saya dalam permainan colour gel tersebut.Tiga speedlite lighting saya gunakan untuk sesi shooting tersebut .
Setelah di review kembali hasil kerja saya dan team saya ,alhamdulillah Kasih Qhaisara sangat berpuas hati.Disini saya pertontonkan beberapa photo hasil kerja tersebut.
Terima kasih sekali lagi kepada pihak makeup artis kerana menghargai hasil kerja saya .
Wednesday, October 19, 2011
Outdoor Wedding Photoshoot En.Syazwan dan Puan Normariah
Tuesday, October 18, 2011
Sesi shooting di TPM Shah Alam









Pada 08/10/2011 bertempat di rumah Perlis Taman Pertanian Malaysia Shah Alam 1 sesi shooting photo hunting dijalankan bagi mencari muka baru untuk pencarian talent bagi photo hunting seterusnya . Acara tersebut disertai oleh 3 muka baru dan seorang model yg berpengalaman sebagai mentor mereka .Jurusolek (MUA) pada masa itu adalah Kasih Qaisara .Sentuhan makeupnya menambah seri pada wajah peserta .
Event tersebut berjalan 1 hari mulai pagi hingga petang.Dua konsep yang diterapkan iaitu berkonsepkan pakaian Kebaya dan modern . Para photographer baru pada masa itu juga didedahkan mengenai setting lighting yang dikendalikan oleh saya sendiri yg berkonsepkan "Beauty Lighting".
Terima kasih kepada crew members yang berusaha keras untuk menjayakan progrem ini .
Subscribe to:
Posts (Atom)


































