Monday, March 19, 2012

Kuala Terengganu

Pada 11 hingga 15 Mac yang lalu saya ke Dungun , Terengganu untuk menghadiri acara IR Family yang dikelolakan oleh Zahar Harun (Pengiat seni Infrared ) . Oleh dek kerana cuaca tidak mengizinkan tak banyak photo yang saya dapat rakamkan disana namun ianya bukanlah penghalang untuk saya merakam satu dua photo IR disana .Pada 14hb nya saya ke Kuala Terengganu pula untuk membeli beberapa barangan buat adik bongsu ku yang akan bernikah pada 20hb Mei 2012 nanti ( Di tarikh hari lahirku ) .Sesampai disana saya dan sahabat karib ku MR. Pian namanya mengambil kesempatan utk merakam pemandangan disana dan kebetulan bertemulah dengan teman lama kami ( Shahrol Mohd ) , dia menanyakan bila lagi nak outing bersama ? Nah itu sudah bagus bagi saya untuk mengajukan pertanyaan .....ada ke talentnya nak dishoot nanti , tanpa banyak bicara jawabnya " Yes , bisa diatur bah itu " .Ok setelah pertemuan tersebut saya dan Pian pun kembali ke Hotel yang ketika itu kami berdua menginap di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu sambil mempersiapkan beberapa barang untuk pengambaran ditepi pantai. Jam 5 petang kami berdua siap sedia untuk ke lokasi , tapi al-maklumlah tempat orang ...mana la kami ni tahu sangat jalan jalan di sana , atas bantuan Shahrol kami berdua sampai juga ke lokasi bersebelahan dengan Masjid Terapung .Pemandangan senja di Kuala Terengganu tidaklah seperti yang kami sangkakan oleh kerana sunsetnya tidak jatuh disana ,tapi dah alang alang datang kami teruskan jugalah. Diperkenalkan dengan seorang gadis cantik yang bernama "Nana Khairina" dan dia juga tampak mesra , sedikit menyenangkan kerja pengambaran . Disini saya sertakan beberapa shot yang saya rakamkan disana. Sesuatu yang menarik di Terengganu adalah kawasan pantainya yang sangat bersih pada hemah saya,lantas peluang itu saya gunakan sebaik mungkin. Insyallah saya akan berkunjung ke sana lagi dilain " Trip ".

Thursday, January 12, 2012

Have fun with Infinity Art Studio

Lawatan ku ke Kuching, Sarawak baru baru ini sangat menyeronokkan .Saya terharu dengan sambutan mereka disana ,terima kasih kepada saudara Awangku Dean dan semua rakan rakan photographer yang sudi menghadirkan diri walaupun datang dari bahagian ke-2 Sarawak semata mata untuk bertemu di Kuching....Jujur saya sangat menghargainya .Ok para pelawat blog ini ,seperti biasanya saya akan menyelitkan sajian mata untuk kita semua .Semua photo ini saya rakam di Infinity Art Studio di Satok ,Kuching.Modelnya pula adalah seorang yang cantik manis ,finalist Miss Borneo 2011 .Terima kasih untuk semua kerjasama yang diberikan .Sampai kita jumpa lagi,insyallah .

Sunday, December 4, 2011

Studio Art Work

Kerja kerja di studio kadang kadang boleh membuatkan kita "GIAN" jika kena pada subjectnya yang hendak kita shoot.Walaupun pada awalnya saya mencadangkan supaya sahabat saya membawa "makwe"nya ( Talent untuk sesi shooting ini ) ke Mini Studio di rumah saya tetapi minggu ini ada saudara saya pula bertandang ke rumah , jadi kerja kerja tersebut saya proceed ke Studio yang disewa di Petaling Jaya atas "recommended" seorang teman. Tema shooting kali ini berkonsepkan Beauty Fashion . Memandangkan "makwe" si Azahar ni lawa juga orangnya saya cuba cubalah juga nak bertanyakan seandainya dia sudi untuk saya dan teman teman shoot di outdoor di lain kalinya...dalam malu malu dia kata " Boleh tapi kena minta kebenaran Azhar dulu , lagipun shooting ni untuk simpanan peribadi : katanya..." Amboi ....almaklumlah org nak berlatih latih mendirikan rumah tangga memang standard jawapannya ...so i guess " memang tak de la untuk lain kalinya heheheh .Well I try my best la untuk shoot budak ni sbb rasanya lain kali memang susah nak bawa dia turun lagi .( wah panjang pulak aku bercerita kali ni macam nak buat novel ..KAYAKNYA IYA PAK hahahha ) Oklah ini antara beberapa photo yang dapat saya rakamkan dalam sesi tersebut , ada banyak lagi sebenarnya namun untuk menghormati permintaan mereka yang berala peribadi jadi saya paparkanlah hanya beberapa keping sahaja di blog saya kali ini .Enjoy !!

Thursday, December 1, 2011

Singapore Photo Hunting

Pada 22 / 11/ 2011 yang lalu saya ke Johor Baharu untuk shooting Hotel Food Commercial di sana.Peluang yang ada saya gunakan untuk bertemu dengan kawan kawan seperjuangan yang telah lama saya tak jumpa ...yalah masing masing sibuk dengan kerja masing masing la katakan lalu kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin.Setelah selesai kerja kerja commercial saya , kami berpakat pakat untuk buat project photo hunting,dengan bantuan abang Razak dan Ah Seng lalu kami mengatur satu sesi shooting portrait di Singapore. Berikut adalah beberapa photo yang saya hasilkan sewaktu photo hunting disana ... Enjoy !!

Friday, November 25, 2011

Bahana Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T

Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T sememangnya adalah lagenda didalam kelasnya tersendiri.Baru baru ini saya bersama beberapa sahabat telah pergi ke Pulau Pinang untuk " attented " satu majlis chinese wedding disana ,oleh kerana saya tidak berapa biasa dengan keadaan jalan dan tempatt disana jadi team kami sampai awal 2 hari dari hari majlis tersebut.Sesampai disana saya menghubungi seorang sahabat lama yang jumpa pernah bekerja bersama saya suatu masa dulu. Petang tersebut dia telah membawa saya berjumpa dan kami sembang sembang sebab lama dah tak jumpa.Sembang sembang punya sembang dia keluar satu idea ....so macam mana kalau kita shoot kawan dia ni ...orgnya boleh tahanlah katanya ... on that time semua gear saya ada didalam bag yang masih belum terpunggah lagi dan yg berada di badan adalah camera dan lensa 70-200mm 4L ku, tapi kali ni saya rasa nak try shooting guna 50mm pula sbb memang dah lama tak shoot guna 50mm ...kebetulan saya ada 2 lensa 50mm yg saya bawa iaitu Canon 50mm 1.4 dan Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T ( manual focus ) and then why not try for carl zeiss... Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T, adalah satu satunya lensa 50mm yang menjadi pilihanku sekiranya hendak bermain dgn manual focus ,jadi saya kira inilah masanya lensa tersebut beraksi lagi walaupun cara pengambarannya sedikit slow sebab ianyanya adalah manual focus .Disini saya paparkan beberapa hasil photo di Peneng yang saya rakamkan menggunakan Carl Zeiss 50mm f/1.4 ZE Planar T.

Sunday, November 20, 2011

Bride Portrait

Pada 12/11/2011 yang lalu saya bersama In-Trend Team telah pergi ke Fraser Hill untuk melakukan satu shooting seperti yang telah diarahkan oleh penaja .Tema kali ini adalah "Bride" bagi mengisi sudut ruangan majalah mereka.Pengambaran dimulakan seawal jam 10 pagi di sekitar pohon yang merimbun di central base Fraser Hill.Kedinginan suasanan pada ketika itu membuatkan saya sedikit mengigil kesejukan namun apapun halangannya kerja harus disiapkan .Pengambaran mengambil masa 4 jam untuk disiapkan.Disini saya sertakan buat tontonan sebahagian dari photo yang terakam pada hari tersebut.Pengambaran hari itu sangat memenatkan tetapi saya seronok membuat kerja saya .

The Portrait


Antara portrait yang menjadi perhatian ku.Mungkin kerana modelnya yang cun gitu hehe,apapun portrait memang selalu menjadi pilihan bagi mempamirkan subject subject yang indah indah. Enjoy !!